China, Indonesia Ikrar Galakkan Projek Usaha Sama

2019-03-24 15:17:48  CRI
Share with:

Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China, Ning Jizhe mengetuai delegasinya membuat lawatan ke Indonesia pada 21 hingga 23 Mac.

Dalam pertemuan dengan Menteri Koordinator Bidang kemaritiman Indonesia, Luhut Binsar Panjaitan dan Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN), Rini Soemarno, kedua-dua pihak bersepakat untuk menggalakkan penyelarasan dalam pelaksanaan dasar pembangunan serta kerjasama dua hala secara pragmatik.

China dan Indonesia juga bertukar-tukar pendapat berhubung pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), kerjasama kapasiti industri, rancangan kerjasama koridor serta pembangunan pelabuhan dan taman perindustrian dalam mesyuarat kali pertama anjuran Suruhanjaya Bersama Kerjasama Pembinaan "Koridor Ekonomi Bersepadu Regional" kedua-dua negara pada 21 Mac lalu. 

Selain itu, delegasi berkenaan meninjau projek pembinaan kereta api laju (HSR) Jakarta-Bandung usaha sama syarikat China dan Indonesia serta program kerjasama pendidikan sains dan teknologi di pulau Kura-kura, provinsi Bali.

周乔西