Pilihan Raya Thailand: Pengundi Paling Ramai dalam Sejarah

2019-03-24 15:41:39  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_8878431c-f8c4-44ee-b586-a859f54146bc

Pilihan raya umum Thailand yang diadakan pada 24 Mac ini dianggap amat signifikan selepas rampasan kuasa tentera pada 2014.

Pilihan raya kali ini disertai calon perdana menteri yang paling banyak dalam sejarah negara itu dengan persaingan antara 69 orang calon yang disenaraikan oleh 45 buah parti.

Seramai kira-kira 51 juta orang pengundi yang layak mengundi pada pilihan raya itu di seluruh Thailand.

Terdapat 2.75 juta orang berdaftar untuk menyertai pengundian awal, antaranya termasuk 2.63 juta orang warga dalam negeri dan 120 ribu orang warga dari seberang laut yang menetap di 67 buah negara asing.

Sebelum ini, pengundian awal di seberang laut telah berakhir pada 4 hingga 16 Mac lalu. Seterusnya, 17 Mac ditetapkan sebagai hari pengundian awal dalam negeri.

Semua kertas undi awal tersebut akan dikira bersama dengan pengundian pilihan raya yang diadakan pada hari ini.

Keputusan rasmi bagi pilihan raya kali ini dijangka akan diumumkan sebelum 9 Mei nanti.

周乔西