Itali Masuk BRI

2019-03-24 15:44:28  CRI
Share with:

Kerajaan China dan Itali menandatangani memorandum persefahaman bagi mendorong pembangunan Inisiatif "Jalur dan Laluan" (BRI). Itali menjadi negara pertama antara Kumpulan 7 (G7) yang memeterai dokumen berkenaan dengan China.

Menurut kenyataan bersama, kedua-dua negara ini menyedari terdapatnya potensi besar dalam BRI yang dilihat mampu menggalakkan kesalinghubungan, maka bersedia mempertingkat penyelarasan dalam jaringan pengangkutan pan-Eropah dan kerjasama dalam pelabuhan, logistik serta pengangkutan laut.

Dengan itu, lebih 150 buah negara dan pertubuhan antarabangsa di dunia telah menandatangani dokumen berhubung BRI dengan China, sejak inisiatif berkenaan disarankan Presiden Xi pada tahun 2013.

Kini, China merupakan rakan dagang terbesar bagi Itali di Asia, manakala Itali adalah rakan dagang kelima terbesar bagi China di Kesatuan Eropah, dan sumber kelima terbesar Pelaburan Langsung Asing (FDI). Jumlah perdagangan bilateral melebihi USD 50 bilion (RM203 bilion), dan pelaburan bilateral mencecah USD 20 bilion (RM81 bilion) pada tahun 2018.  

高蕾