3 Juta Pelancong China Dijangka ke Malaysia

2019-04-01 11:41:25  CRI
Share with:

 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_26_1_26_1_1_7b02208a-e6c4-432a-910e-84e0d06467db


Lebih 3 juta pelancong China dijangka berkunjung ke Malaysia tahun ini yang merupakan ulang tahun ke-45 ikatan diplomatik kedua-dua negara.

Ketika menghadiri acara mempromosi Tahun Pelancongan Budaya Malaysia-China 2020 di Kuala Lumpur semalam, Utusan Khas Malaysia ke China, Tan Kok Wai memaklumkan jumlah pelancong China ke Malaysia pada 2018 meningkat 29% berbanding 2017 kepada 2.94 juta. 

Jumlah perdagangan  pula mencipta rekod baharu dengan USD108.6 bilion (RM442.7 bilion), 684 kali ganda berbanding 1974 ketika ikatan diplomatik baru dijalin. 

Dalam tempoh 45 tahun lalu, hubungan dua hala mengharungi ujian masa dan perubahan situasi antarabangsa, kini berada di landasan yang matang, stabil dan sihat. 

Menyentuh Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Tan Kok Wai menyifatkan BRI sebagai penyuluh bagi pembangunan mampan ekonomi dunia, yang akan meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan sesama negara terlibat dan membawa keuntungan kepada Malaysia. 

Malaysia bersedia mengintensifkan pertukaran dan kerjasama dengan China serta menggalakkan dialog sama rata, interaksi baik dan kerjasama menang-menang demi kemakmuran bersama.

曹捷