Penjara Tiga Tahun Empat Bulan Cedera Jong-nam

2019-04-02 14:10:33  CRI
Share with:
Wanita Vietnam, Doan Thi Huong dihukum penjara tiga tahun empat bulan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam, selepas mengaku bersalah mencederakan lelaki warga Republik Rakyat Demokratik Korea, Kim Jong-nam dua tahun lalu.
 
Dengan hukuman tersebut, Thi Huong, 30, yang sebelum ini berhadapan tuduhan membunuh lelaki terbabit terselamat daripada tali gantung.

Terdahulu, wanita tersebut mengaku bersalah atas tuduhan alternatif menyebabkan kecederaan terhadap Jong-nam menggunakan bahan berbahaya iaitu agen saraf, VX di Balai Berlepas KLIA2, Sepang kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari 2017.

 

Pada 11 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas tanpa membebaskan tertuduh pertama, Siti Aisyah daripada pertuduhan membunuh Jong-nam, selepas Pejabat Peguam Negara menarik balik pendakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 254(1) Kanun Acara Jenayah.

Kedua-dua wanita itu sebelum ini didakwa atas tuduhan membunuh Jong-nam, 45, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 
 

(Sumber dari Utusan Online)

梁靓