Galas Tanggungjawab Selaku Kuasa Utama

2019-04-04 13:51:00  CRI
Share with:
Hubungan antara kuasa utama berkaitan dengan kestabilan strategik global, kata Presiden Xi Jinping dalam pertemuan dengan delegasi "The Elders" di Beijing Isnin lalu.

Beliau menyatakan hubungan China-AS antara ikatan bilateral paling penting. AS diharap sehaluan dengan China untuk menangani perbezaan pendapat, memperluas kerjasama dan mengembangkan hubungan yang berlandaskan koordinasi, kerjasama dan kestabilan.

China dan AS, dua anggota tetap Majlis Keselamatan PBB(UNSC) yang menyumbang kira-kira 40% agregat ekonomi dunia. Peranan yang dimainkan kedua-dua negara dalam memacu pertumbuhan ekonomi sejagat, memelihara kedamaian antarabangsa dan menangani cabaran global amat penting. 

Adalah misi bagi China dan AS mencegah risiko global dan mencipta peluang untuk dunia, bukannya hanya mementingkan pembangunan sendiri. 

China sentiasa aktif menjalankan kerjasama dengan negara lain. Hal ini boleh dilihat daripada Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menyasarkan wadah baharu kerjasama saling untung, penglibatan dalam misi pengaman PBB hinggalah komitmen untuk mempertingkat tahap keterbukaan. 

Walaupun masih terdapat 16.6 juta rakyat terperangkap dalam belenggu kemiskinan, namun China selaku negara membangun terbesar sentiasa melakukan yang terbaik untuk memenuhi kewajipan antarabangsa. 

AS sebagai negara maju paling besar pula mempunyai kelebihan luar biasa dari segi ekonomi, teknologi dan ketenteraan, haruslah memikul tanggungjawab sewajarnya. 

Pusingan kesembilan rundingan ekonomi dan perdagangan peringkat tinggi China-AS sedang berlangsung di Washington. Kedua-dua negara hendaklah memperlihatkan komitmen yang selaras dengan imej kuasa utama.         

 

张哲