China, Myanmar Mantapkan Kerjasama Budaya

2019-04-05 14:15:28  CRI
Share with:

Ketua Jabatan Publisiti Parti Komunis China, Huang Kunming bertemu dengan Menteri Maklumat Myanmar, Pe Myint di Beijing semalam.

Huang menyatakan kedua-dua pihak hendaklah melaksanakan konsensus pemimpin dengan bersungguh-sungguh dan melonjakkan kerjasama strategik komprehensif. 

Beliau menyarankan jabatan publisiti memainkan peranan positif bagi merancakkan perkongsian pengalaman pentadbiran dan kerjasama budaya serta membuat sumbangan untuk mengukuhkan asas hubungan.
   
Pe Myint pula menyatakan pihaknya sedia meningkatkan interaksi dengan pihak China agar kerjasama melibatkan budaya dan filem diperkasakan. 

梁靓