ASEAN Kaji Transformasi Digital

2019-04-05 13:24:50  CRI
Share with:

Kemajuan ekonomi digital menjadi fokus mesyuarat menteri-menteri kewangan ASEAN yang diadakan di Chiang Rai, utara Thailand semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CB Insights di bawah Kumpulan Alibaba, Jing Xiandong dijemput hadir untuk berkongsi pengalaman China dalam membangunkan ekonomi melalui teknologi digital. 

Beliau berkata, teknologi digital mampu menjana pertumbuhan ekonomi dan pembangunan masyarakat. Revolusi teknologi ketiga pada masa ini menyediakan peluang penting kepada ASEAN dan negara-negara membangun lain.

Menteri Kewangan Thailand, Apisak Tantivorawong berkata, berbanding 10 tahun lalu, sains dan teknologi sedang mengubah pola ekonomi dunia kini. Thailand mahu mempelajari pengalaman China dalam inovasi sains dan teknologi.

Model pinjaman dalam talian kendalian CB Insights diharap dapat diperkenalkan ke Thailand untuk menyediakan sokongan modal kepada syarikat kecil dan mikro. 
 

张哲