Chong Wei Sedia Sahut Cabaran Lin Dan

2019-04-06 13:44:53  CRI
Share with:

Jaguh badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei bersedia menyahut cabaran seteru utamanya, Lin Dan untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo, 2020 sekali gus melengkapkan aksi 20 tahun di pentas Olimpik itu.

Chong Wei berkata beliau sangat berbesar hati apabila mendapat kata-kata semangat daripada pemain terkemuka China itu, yang menyatakan tidak akan berundur dalam dunia badminton selagi beliau masih mahu beraksi.

"Saya rasa bangga apabila dia dilaporkan berkata 'disebabkan Chong Wei masih belum bersara dari badminton', itu berikan semangat untuk saya terus bermain. Saya berharap dapat menentang beliau di Tokyo 2020 dan ianya akan menjadi satu kenyataan. Sama seperti yang saya katakan dalam temu ramah sebelum ini, dengan kebenaran Tuhan dan jika kesihatan saya mengizinkan. Saya berharap memasuki gelanggang di Tokyo tahun hadapan."

张弘