Jajaran ECRL Akan Diubah

2019-04-07 13:49:22  CRI
Share with:
Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disahkan akan diubah dengan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan sekiranya ia diteruskan selepas rundingan diadakan dengan kerajaan China, hujung bulan ini.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook yang mengesahkan perkara berkenaan berkata keputusan ini dijangka dicapai dalam lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke republik itu yang antara lain akan membincangkan untuk mengurangkan kos pembinaan projek mega berkenaan.

"Saya sebagai Menteri Pengangkutan boleh sahkan apa dikatakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng kelmarin memang betul projek ECRL sedang dirunding dan akan ada keputusan dalam beberapa minggu ini sebab Tun Dr Mahathir akan pergi ke China akhir bulan ini."

(Sumber dari BERNAMA)
张弘