Terowong Boten Kereta Api China-Laos Selesai Dibina

2019-04-09 16:44:02  CRI
Share with:

Terowong Boten landasan kereta api China-Laos selesai dibina baru-baru ini.

Masa perjalanan dengan menaiki kereta api dari Vientiane ke China akan dipendekkan kepada empat jam susulan pembukaan terowong tersebut.

Terowong yang sepanjang 6453.5 meter itu dibina oleh China Railway No.5 Engineering Group Co.Ltd dan memakan masa dua tahun.

Projek landasan kereta api China-Laos adalah projek integrasi antara Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China dengan strategi Laos untuk mengintensifkan kesalinghubungan dengan negara jiran.

Landasan kereta api tersebut bukan sahaja dapat membantu menghubungkan jalan dan lebuh raya di selatan dan utara, malah mempercepat proses integrasi kesalinghubungan antara Laos dengan negara-negara ASEAN yang lain.

周乔西