Pengundi Diseru Aktif Terlibat dalam Pemilu

2019-04-09 16:32:40  CRI
Share with:

Pengundi di Indonesia patut menyedari peri pentingnya pilihan raya umum (Pemilu) demi menuju ke arah negara maju.

Menteri Penyelaras Sektor Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto ketika menghadiri satu aktiviti berkaitan ekonomi kreatif dan harta intelek di Jakarta semalam, menyeru pengundi negaranya jangan berkecuali dan aktif melibatkan diri dalam Pemilu yang dijadualkan pada 17 April.

Pilihan raya melibatkan jawatan Presiden, Naib Presiden, ahli Kabinet, Dewan Senat serta ahli Dewan Negeri dan anggota Majlis Perbandaran.

Pemilu kali ini juga dipanggil "pilihan raya sehari yang paling besar" dengan penyertaan kira-kira 193 juta pengundi dari seluruh negara.

周乔西