China, Singapura Rancakkan Kerjasama dalam Pembinaan Inisiatif BRI

2019-04-12 13:34:39  CRI
Share with:

Anggota Biro Politik Jawantankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Pejabat Jawatankuasa Kerja Luar Pusat, Yang Jiechi, Anggota Biro Politik Jawantankuasa Pusat PKC yang juga Setiausaha Jawatankuasa Poilitik dan Perundangan Pusat, Guo Shengkun secara berasingan telah ditemui Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean di Beijing semalam.

Yang Jiechi menyarankan kedua-dua pihak meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, mengeratkan pertukaran sosiobudaya, mengintensifkan kerjasama dalam pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), mendorong kerjasama pragmatik ke tahap lebih tinggi dan lebih berkualiti agar membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Guo Shengkun dalam pertemuan itu mengeluarkan harapan agar jabatan penguatkuasaan undang-undang kedua-dua pihak terus mengintensifkan kerjasama dalam pembangunan perundangan, tadbir urus sosial, anti keganasan, pembasmian dadah, pemburuan penjenayah dan dana haram dan memerangi jenayah melalui siber, di samping giat mencipta suasana perundingan yang baik bagi menggalakkan kerjasama dalam pembinaan Inisiatif BRI dan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.

Teo Chee Hean pula menyatakan, pihaknya bersedia meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang di bawah rangka BRI serta mendorong hubungan bilateral dan hubungan ASEAN-China membuahkan hasil yang semakin besar sepanjang perkembangannya.   

 

曹捷