China dan Singapura Sambut Ulang Tahun ke-25 Taman Industri Suzhou

2019-04-13 14:35:57  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong masing-masing mengutus surat tahniah untuk menyambut ulang tahun ke-25 Taman Industri Suzhou China-Singapura kelmarin.

PM Li dalam suratnya menyatakan, Taman Industri Suzhou komited kepada usaha mengintensifkan pembaharuan dan memperluas keterbukaan, sebagai perintis giat mengimport teknologi tinggi dan menimba pengalaman pengurusan antarabangsa, dan dengan aktif menjalankan inovasi bagi memacu pembangunan. Perkembangan Taman Industri Suzhou yang pesat dilihat dapat memainkan peranan penting dalam mendorong kerjasama saling menguntungkan antara kedua-dua negara ini. Beliau berharap taman industri ini berdasarkan kelebihan yang istimewa, mengintensifkan pembaharuan berkenaan, terus mengoptimumkan suasana perniagaan, mendorong kerjasama teknologi dan ekonomi antarabangsa dengan lebih baik, meningkatkan kemampuan inovatif sains dan teknologi, menggalakkan penyelarasan antara keterbukaan yang bertaraf semakin tinggi dengan inovasi yang semakin meningkat supaya taman industi ini dibangunkan antara taman sains dan teknologi dunia yang paling baik sekali gus memberi sumbangan yang semakin besar kepada pembangunan negara yang berkualiti tinggi.

PM Lee Hsien Loong pula menyatakan, kejayaan Taman Industri Suzhou menggambarkan kerjasama erat pelbagai peringkat antara kedua-dua negara. Beliau berharap taman itu dapat terus memainkan peranan peneroka bagi menggalakkan kerjasama bilateral. 

曹捷