China, Penstabil Perdagangan Global

2019-04-13 15:40:07  CRI
Share with:

Jumlah keseluruhan import dan eksport perdagangan China meningkat 3.7% dengan mencecah RMB7.01 trilion (RM4.3 trilion) pada suku pertama tahun ini. Antaranya, sektor eksport menambah 6.7% dengan mencatat RMB3.77 trilion (RM2.31 trilion), manakala, sektor impoort menaik 0.3% dengan mencapai RMB3.24 trilion (RM1.98 trilion).

Anggaran tersebut berdasarkan statistik yang dikeluarkan Jabatan Pentadbiran Am Kastam China semalam.

Peningkatan import dan eksport suku pertama itu memperlihatkan senarai rakan dagang China yang bervariasi, struktur produk import dan eksport semakin dioptimumkan dan momentum bagi memacu pertumbuhan perdagangan juga semakin kuat.

China yang dapat mengekalkan pertumbuhan secara stabil dalam sektor import dan eksport perdagangan luar itu memang sukar diwujudkan, memandangkan perselisihan perdagangan yang semakin meruncing dan unsur ketidaktentuan semakin banyak dalam operasi ekonomi sejagat.

Pelaksanaan langkah-langkah demi meningkatkan keterbukaan yang diumumkan Presiden China, Xi Jinping dalam Forum Asia Boao Hainan pada tahun lepas telah memberikan dimensi yang semakin luas kepada syarikat-syarikat import dan eksport serta membina iklim perniagaan baik bagi pertumbuhan perdagangan luar.

Selain itu, Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan ke-2 dan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-2 yang masing-masing dijadualkan pada penghujung bulan ini dan akhir tahun ini diyakini akan memacu pertumbuhan global.

周乔西