Rusia, AS Pulih Dialog Antikeganasan

2019-04-14 15:09:53  CRI
Share with:

Rusia dan Amerika Syarikat (AS) telah memulihkan semula dialog berhubung kerjasama dalam bidang antikeganasan buat masa ini, sambil terus mengekalkan komunikasi dua hala dalam isu Afghanistan dan Semenanjung Korea.

Namun, tindakan AS yang secara terang-terangan bercampur tangan dan melibatkan diri dalam hal-ehwal dalaman negara berdaulat adalah tidak dapat diterima oleh mana-mana pihak.

Demikian ujar Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov ketika berucap dalam mesyuarat Suruhanjaya Dasar Diplomasi dan Pertahanan Negara Rusia semalam.

Menurut agensi berita Rusia, TASS, Rusia dan AS sedang menjalankan kerjasama dalam sektor-sektor yang bersesuaian dengan kepentingan masing-masing.

Selain dialog antikeganasan, mekanisme tentera kedua-dua negara untuk menghapuskan konflik di Syria kini memainkan peranan yang sustantif.

Di samping itu, kedua-dua negara juga akan mengadakan dialog untuk mencari jalan penyelesaian isu Syria dan bekerjasama dalam bidang aeroangkasa.

周乔西