Perintah Berkurung Sudan Tamat

2019-04-14 16:27:06  CRI
Share with:

Sudan menarik balik perintah berkurung yang dikuatkuasakan di seluruh negara sebelum ini.

Demikian diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan Peralihan Sudan, Abdel-Fattah Al-Burhan ketika mengeluarkan kenyataan dalam satu program siaran langsung melalui stesen televisyen milik kerajaan semalam.

Abdel berkata, pihaknya akan membebaskan semua orang yang sedang berada dalam perbicaraan dan banduan yang dijatuhi hukuman mengikut undang-undang keadaan darurat rejim bekas Presiden Omar al-Bashir.

Selepas berunding dengan pelbagai parti negaranya,  Abdel akan menubuhkan kerajaan rakyat peralihan yang akan mentadbir urus hal-ehwal negara dalam tempoh peralihan yang selama dua tahun.
 
Pada 11 April, Menteri Pertahanan Negara Sudan, Awad Mohamed Ahmed Ibn Auf mengumumkan rejim Bashir digulingkan, dan beliau mengangkat sumpah memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan Peralihan Sudan.

Pada hari yang sama, Awad Mohamed turut mengumumkan menguatkuasakan perintah berkurung selama sebulan.

Pada 12 April, beliau beralasan 'kepentingan negara' mengumumkan meletakkan jawatannya yang kemudian disandang oleh Abdel.

周乔西