Forum China Harvard Fokuskan Pembangunan China

2019-04-14 13:56:54  CRI
Share with:

Forum China Harvard ke-22 membuka tirai di Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS) kelmarin. Tokoh-tokoh kedua-dua negara daripada kalangan politik, perniagaan dan akademik melalui dialog telah membincangkan pembangunan China pada masa depan.

Dalam majlis perasmian malam kelmarin, para tetamu dalam ucapan mereka telah menfokuskan hubungan China-AS. Ketua Pusat Penyelidikan China John King Fairbank Universiti Harvard, Michael A. Szonyi menyatakan, hubungan China-AS bukan yang bersifat tunggal dan abstrak, tetapi hubungan yang berperingkat dan sebenar yang dibina berdasarkan komunikasi antara satu sama lain. Maka, kedua-dua pihak perlu menambah pertukaran untuk mengelakkan salah faham.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Hubungan AS-China, Stephen A. Orlins mengambil sikap optimis terhadap hubungan bilarteral pada masa depan. Menurut beliau, tidak boleh kekurangan kerjasama kedua-dua negara dalam menangani isu sejagat termasuk krisis kewangan, perubahan iklim, keganasan dan penyakit berjangkit.

 

曹捷