Festival Filem Antarabangsa Beijing Buka Tirainya

2019-04-14 13:54:30  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124363234_15551698188591n

Festival Filem Antarabangsa Beijing (BJIFF) ke-9 telah membuka tirainya di Beijing malam semalam. Temasya arahan Biro Filem Negara ini dianjurkan bersama-sama oleh Kumpulan Media China (CMG) dan kerajaan bandar Beijing, dan dirasmikan oleh Shen Haixiong, Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Presiden CMG selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran BJIFF.


Menurut maklumat berkenaan, terdapat 15 yang terpilih daripada 775 buah filem yang mendaftar yang diserahkan oleh 85 buah negara dan kawasan akan bersaing bagi merebut Hadiah Tiantan, antaranya termasuk "The Wandering Earth" (China), "Ben Is Back" (Amerika Syarikat), "Iro" (Iran) dan "The Com Poser" (China dan Kazakhastan). Dalam tempoh BJIFF kali ini, kira-kira 500 filem akan ditayangkan di 30 buah panggung wayang di Beijing.

图片默认标题_fororder_1124363234_15551698188621n

 

Sebanyak tujuh komponen bertema seperti Forum Filem Ulang Tahun-70 Republik Rakyat China, Minggu Filem India dan Perdagangan Pasaran Perfileman Beijing serta lebih 300 aktiviti yang melibatkan filem akan diadakan dalam Festival selama seminggu ini.

CMG menawarkan isyarat 5G yang merangkumi tapak majlis perasmian dan penutupan Festival serta buat pertama kalinya menjalankan siaran langsung berdasarkan isyarat definisi ultra tinggi dengan menggunakan kelengkapan mudah alih saluran berita Stesen TV Pusat (CCTV) CMG melalui makmal media 5G CMG. Seterusnya, program yang dibuat melalui kamera 4K definisi ultra tinggi (UHD) berkenaan akan disiarkan melalui saluran UHD CCTV.  

图片默认标题_fororder_1124363234_15551698188891n

曹捷