AS akan Keluarkan Banyak Spektrum Frekuensi bagi Terajui Perkembangan 5G

2019-04-14 15:42:36  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) akan membekalkan lebih banyak spektrum frekuensi dan memudahkan pemberian lesen kepada pengusaha kelengkapan telekomunikasi, bagi menerajui perkembangan teknologi telekomunikasi mudah alih generasi kelima (5G).

Demikian dinyatakan Presiden AS, Donald Trump di White House kelmarin.

Menurut beliau, 5G merupakan persaingan yang "mesti dimenangi" negaranya. Oleh itu, sektor telekomunikasi AS akan melabur USD 275 bilion (RM1.13 trilion) sepanjang perkembangan 5G yang dijangka boleh mencipta 3 juta peluang kerja dan menyumbang USD 500 bilion (RM2.06 trilion) kepada ekonomi domestik.

Pada hari yang sama, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC), Ajit Pai mengumumkan lelongan lesen spektrum frekuensi 5G yang paling besar skalanya telah dijadualkan pada 10 Disember tahun ini, termasuk lesen-lesen untuk 37GHz, 39 Ghz, 47GHz dan 3.4GHz.

高蕾