Pertemuan Kemuncak China-Eropah Tengah dan Timur Ke-8 Dinamikkan 'Kerjasama 16+1'

2019-04-14 16:37:51  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_tdo

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menghadiri Pertemuan Kemuncak China-Eropah Tengah dan Timur (CEEC) ke-8 di Dubrovnik, Croatia kelmarin yang turut menyaksikan penandatanganan lebih 10 perjanjian dalam pelbagai bidang dan Greece secara rasmi menjadi anggota 'Kerjasama 16+1'.

Li Keqiang menyarankan supaya pelbagai pihak melindungi perdagangan multilateral, mengintensifkan skala perdagangan, mendorong kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), meneroka inovasi, menggalakkan kerjasama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pembangunan taman industri, serta memperdalam pertukaran sosiobudaya.

Pemimpin-pemimpin negara CEEC berkata, pihaknya bersedia melaksanakan projek-projek yang terkandung dalam 'Kerjasama 16+1' dan mengoptimumkan kerjasama pragmatik.

Pengarah Jabatan Eropah Institut Pengajian Antarabangsa China (CIIS), Cui Hongjian berpendapat, pertemuan tersebut telah menyuntik kedinamikan baharu kepada kerjasama kedua-dua pihak.

 

高蕾