Pengalaman China Lindung Harta Intelek Wajar Dikongsi

2019-04-15 13:13:48  CRI
Share with:

Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRI) kedua akan diadakan di Beijing pada hujung bulan ini.

Ketua Pengarah Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO), Francis Gurry yang bakal hadir, baru-baru ini menyatakan China meletakkan harta intelek pada tahap strategik yang sangat tinggi, mementingkan perlindungan harta intelek dan menunjukkan tekad untuk terus melaksanakan dasar secara jangka panjang.

Laporan WIPO tahun ini menunjukkan, China negara sumber permohonan paten antarabangsa kedua terbesar di dunia. Antaranya, syarikat Huawei di tempat pertama dengan 5,405 permohonan, tertinggi oleh mana-mana syarikat dalam sejarah.

Indeks Inovasi Global tahun lepas meletakkan China di ranking ke-17, buat kali pertama antara 20 entiti paling inovatif.

Gurry berpendapat, perkembangan ini memperlihatkan komitmen China kepada dunia untuk menghormati harta intelek dan menjadikannya alat penting dalam persaingan antara syarikat sedunia.

胡星