Taman Ekspo Beijing Dibuka kepada Awam

2019-04-15 15:22:12  CRI
Share with:
Taman Ekspo Beijing dibuka kepada orang awam Sabtu lalu, bagi menguji kemampuan menyambut tetamu, kelancaran pengurusan serta keupayaan organisasi kumpulan kerja dan operasi perkakasan.

Kesemua 78 laluan masuk dibuka, dengan seramai 555 sukarelawan sedia untuk memberikan perkhidmatan termasuk menjawab pertanyaan pengunjung.

Naib ketua Biro Ekspo Beijing, Ye Dahua menyatakan, kerja-kerja bagi memastikan ekspo diadakan dengan jayanya sedang dijalankan secara menyeluruh. Lebih 2,500 aktiviti diatur dan hampir 2,000 sukarelawan dari pelbagai institusi pengajian tinggi sedang menjalani latihan secara sistematik.
覃淼