China Mahu Bina Ekonomi Pasaran Bertaraf Tinggi

2019-04-15 15:23:05  CRI
Share with:

Globalisasi 4.0 menjadi tumpuan perbincangan delegasi tempatan dan asing yang menyertai Forum China dan Globalisasi ke-5 di Beijing semalam.

Pakar bersependapat bahawa Globalisasasi 4.0 satu trend yang tidak dapat dielakkan, dan peraturan multilateral antarabangsa perlu disemak semula atau dibaiki agar sesuai dengan arus sezaman.

Pada masa yang sama, China akan membina ekonomi pasaran bertaraf tinggi, melaksanakan tindakan pembaharuan yang relevan dan mengambil tindakan praktikal untuk menggalakkan globalisasi.

Penyelaras Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di China, Nicholas Rosellini menyatakan, adalah menjadi matlamat bersama untuk menyambungkan negara dan rakyat serta meningkatkan kesalinghubungan prasarana.

Katanya, perdagangan dan pelaburan dapat dimanfaatkan bagi mendorong Globalisasi 4.0 agar Agenda Pembangunan Mampan 2030 dapat direalisasikan.

Naib ketua Yayasan Penyelidikan Pembangunan di bawah Dewan Negara China, Liu Shijin menyatakan negara ini sedang mengalami perubahan daripada pertumbuhan pesat kepada sederhana. Bagi menghadapi globalisasi, inisiatif perlu diambil untuk mewujudkan matlamat pembaharuan dan ekonomi pasaran bertaraf tinggi.

覃淼