Mamuti Aideresi, Penternak Lembu Yang Berjaya

2019-04-15 16:35:49  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_lembu1

Meskipun sudah berumur 79 tahun, Mamuti Aideresi yang merupakan penduduk etnik Uygur masih gigih menternak lembu di kampung Momatiereke, kaunti Kuche, kawasan Aksu, wilayah autonomi Xinjiang. Kampung itu mendapat nama baharu, iaitu kampung 'Yongku Tuanjie' yang bermaksud 'perpaduan bandar Ningbo dengan kaunti Kuche' dua tahun lalu.

Menerusi pelaksanaan dasar bantuan kepada golongan miskin, beliau yang menternak sejumlah 38 ekor lembu itu telah menerima bantuan kerajaan pada tahun lepas iaitu pembinaan sebuah ladang penternakan serba lengkap. 

图片默认标题_fororder_lembu2

图片默认标题_fororder_lembu3

Sejurus selepas itu, beliau dan beberapa petani lain termasuk penduduk beretnik Han telah menubuhkan sebuah koperasi.

Pelbagai panduan mengenai cara-cara penternakan lembu telah beliau sampaikan kepada orang lain melalui koperasi tersebut selain memberikan lembu beliau untuk diternakkan.

Kini, jumlah pendapatan koperasi melalui penjualan lembu telah mencatat hampir RMB100 ribu (RM60 ribu) pada tahun lalu, manakala pada empat bulan pertama tahun ini pendapatan telah pun melebihi angka tersebut.

图片默认标题_fororder_lembu5

图片默认标题_fororder_lembu4

 

 

 

 

曹捷