Perlu Tindakan Kurangkan Risiko Ekonomi

2019-04-15 15:23:42  CRI
Share with:

Jawatankuasa Monetari dan Kewangan (IMFC) menggesa semua negara mengambil tindakan untuk mengurangkan risiko ekonomi global, membaiki ketahanan ekonomi, dan jika perlu, bertindak segera untuk mengukuhkan pertumbuhan.

IMFC, badan pembuat keputusan di bawah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), memanggil mesyuarat peringkat menteri ke-39 di Washington, Amerika Syarikat kelmarin.

Pengumuman bersama yang dikeluarkan selepas menyuarat berkenaan menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi global makin perlahan dan wujud risiko berlaku kemerosotan. Dari segi dasar fiskal, fleksibiliti adalah perlu bagi merangsang pertumbuhan. Dari segi dasar monetari pula, inflasi hendaklah dikekalkan pada paras yang disasarkan atau hampir.

Perdagangan komoditi dan perkhidmatan serta pelaburan secara bebas, adil dan saling untung ialah enjin bagi pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan. Maka, pergeseran perdagangan perlu diselesaikan dan pembaharuan IMF disokong demi operasi yang lebih optimum.
 

覃淼