Kenyataan Pompeo Bohong Semata-mata

2019-04-16 14:57:59  CRI
Share with:

Kenyataan yang dibuat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo mengenai China dan hubungan China dengan negara-negara Amerika Latin telah disifatkan sebagai pembohongan semata-mata. Beliau diingatkan berhenti berbuat demikian lagi.

Jurucakap Kementerian Luar Lu Kang semalam menyatakan untuk sekian lama, politikus AS telah memburuk-burukkan China di mana sahaja mereka berada. 

Padahal, AS telah lama melihat Amerika Latin sebagai "halaman belakang" sendiri, dan kerap kali mengenakan tekanan malah menjatuhkan pemerintahan di negara-negara berkenaan. 

Lu Kang menekankan bahawa kerjasama China dengan Amerika Latin adalah berdasarkan prinsip saling hormat, sama rata dan saling untung. Kerjasama tersebut membantu Amerika Latin membangunkan ekonomi dan menambah baik kesejahteraan rakyat.

徐国玮