China Ingin Jadi Tempat Ideal bagi Inovasi, Keusahawanan

2019-04-16 14:04:28  CRI
Share with:

Persidangan Pertukaran Bakat Antarabangsa China ke-17 dirasmikan di Shenzhen baru-baru ini, dengan penyertaan wakil lebih 4,000 institusi profesional dari 50 negara dan wilayah.

Sidang tahun ini memfokuskan inovasi sains dan teknologi dengan tujuan menarik sumber intelektual dari seluruh dunia, menggalakkan penggunaan elemen inovatif serta memperkukuh penyelarasan industri dan institut pengajian melalui perkhidmatan profesional.

Melalui pelaksanaan dasar lebih pragmatik pada tahun-tahun kebelakangan ini, China melonggarkan syarat bagi visa dan permit tinggal warga asing, dengan prosedur lebih mudah dan penyelesaian bagi isu-isu seperti jaminan sosial, pendaftaran keluarga dan pendidikan anak.

Pada 2018, China memberikan 336,000 permit kerja kepada bakat asing, menjadikan jumlah pekerja asing di negara ini 950,000.

胡星