China Hormat, Lindung Harta Intelek

2019-04-16 14:00:57  CRI
Share with:

China menghormati harta intelek dan memberi perlindungan terhadapnya dengan berkesan.

Pendirian itu ditegaskan jurucakap Kementerian Luar, Lu Kang semalam, ketika mengulas berita palsu yang disiarkan media Belanda baru-baru ini.

Dalam satu sidang akhbar minggu lepas, Lu Kang menyangkal dakwaan pengeluar cip dari Belanda, ASML bahawa kakitangan warga China mencuri teknologi mereka dan membocorkannya kepada kerajaan China.

Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ASML, Peter Wennink telah menjelaskan bahawa laporan berkenaan tidak benar.

Kata Lu Kang, media Belanda yang menyebarkan berita palsu itu hendaklah menjernihkan keadaan.

胡星