Generator Nuklear China Selamat, Stabil

2019-04-16 14:02:20  CRI
Share with:

Unit generator janakuasa nuklear China beroperasi dengan selamat dan stabil untuk lebih 300 tahun generator (satu generator beroperasi setahun ialah satu tahun generator) setakat bulan ini, tanpa berlaku sebarang kemalangan peringkat kedua atau lebih tinggi pada Skala Insiden Nuklear dan Radiologi Antarabangsa (INES).

Statistik Persatuan Operator Kuasa Nuklear Dunia (WANO) menunjukkan, lebih 80% indikator operasi unit China melebihi median dunia, dan lebih 70% berada pada tahap maju dengan kecenderungan untuk terus meningkat.

胡星