Guterres Gesa Tambah Modal demi Agenda 2030

2019-04-16 14:18:06  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyatakan bahawa sokongan kewangan lebih besar adalah perlu bagi merealisasikan Agenda Pembangunan Mampan 2030.

Pada pembukaan forum Majlis Ekonomi dan Sosial PBB mengenai pembiayaan untuk pembangunan semalam, Guterres berkata usaha berkenaan berdepan cabaran dan risiko besar seperti pertumbuhan ekonomi tidak seimbang, paras hutang meningkat dan pergeseran perdagangan meruncing.

Hasil penyelidikan terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan, jurang pembiayaan negara-negara membangun dalam aspek kesihatan, pendidikan, pembinaan jalan, bekalan elektrik dan air serta sanitasi dianggarkan USD2.6 trilion (RM10.7 trilion) setahun.

Katanya, negara-negara maju mesti melaksanakan sepenuhnya komitmen mereka dalam Agenda Tindakan Addis Ababa.

Beliau percaya sektor swasta, institusi kewangan antarabangsa dan badan amal mampu mengisi jurang bagi pembiayaan yang diperlukan untuk pembangunan.

覃淼