PM Li Temu Pegawai Jepun

2019-04-16 14:56:39  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang bertemu dengan pegawai Jepun yang berada di Beijing untuk menyertai dialog ekonomi peringkat tinggi semalam. 

Li berkata, China dan Jepun entiti ekonomi penting bagi dunia. Kedua-dua negara hendaklah menyokong perdagangan bebas dan mematuhi peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Usaha perlu dilakukan bersama untuk mencipta iklim perniagaan yang adil, sama rata dan tanpa diskriminasi.

Beliau turut melahirkan harapan agar kerjasama diperkasakan dalam bidang inovasi, kewangan, pasaran pihak ketiga dan pelancongan. 

China bersedia bersama-sama Jepun dan pihak-pihak berkenaan untuk mendorong proses rundingan tentang pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China, Jepun dan Korea Selatan serta perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Pegawai Jepun pula menyatakan kesediaan pihaknya untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama serta komunikasi dan penyelarasan dengan China dalam pelbagai bidang.

徐国玮