China akan Batal Permit Tubuh Rumah Warga Emas

2019-04-17 14:37:10  CRI
Share with:

China akan menggalakkan perkembangan industri saraan golongan warga emas, membatalkan permit penubuhan rumah jagaan, memudahkan prosedur penubuhan rumah warga emas oleh institusi kesihatan dan memperkasakan industri kebajikan ke arah sihat dan pintar.

Setakat hujung 2018, jumlah warga berusia 60 tahun ke atas mencecah 249 juta atau 17.9% keseluruhan populasi China. Seiring dengan pertambahan populasi warga emas serta jangka hayat purata dan taraf hidup yang makin meningkat, industri kebajikan bagi golongan berkenaan berpotensi besar.

胡星