Wang Yi Temu Shahrul Ikram Yaakob

2019-04-17 13:14:57  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan rundingan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob yang menghadiri Rundingan Strategik China-Malaysia ke-4 di Beijing semalam.

Wang berkata, China memuji konsep nilai Asia anjuran Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan komitmen Malaysia untuk menyokong inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). China mengalu-alukan Mahathir datang ke China untuk menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa BRI ke-2. China beryakinan penuh terhadap perkembangan hubungan kedua-dua negara.

Shahrul pula berkata, pihaknya komited mempergiat interaksi peringkat tinggi dengan China dan memperkasakan kerjasama muhibah dalam pelbagai sektor demi kemajuan dalam hubungan dua hala.

覃淼