Derma untuk Bina Semula Katedral Notre Dame

2019-04-17 11:15:50  CRI
Share with:

Rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat Perancis telah menderma ratusan juta euro untuk membina semula Katedral Notre Dame yang rosak teruk dijilat kebakaran.

Kebakaran berlaku pada pukul 6 petang 15 April waktu tempatan, mengakibatkan bumbung dan puncak menara musnah, namun bangunan utama katedral tersebut terselamat.

Siasatan terhadap punca kebakaran dan penilaian kerugian sedang dijalankan.

覃淼