Xi Jinping Tekankan Pentingnya Pembasmian Kemiskinan

2019-04-18 12:50:13  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124375822_15554275144471n

Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan tinjauan di bandar Chongqing, mempengerusikan mesyuarat bagi menyelesaikan masalah kehidupan rakyat.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China menekankan bahawa usaha membasmi kemiskinan kini telah memasuki fasa penting. Pihak berkuasa di pelbagai tempat perlu berusaha menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan rakyat termasuk makan dan minum, pakaian, pendidikan wajib, perubatan asas dan jaminan perumahan, membantu penduduk keluar daripada kemiskinan, agar mewujudkan matlamat pembinaan masyarakat kaya secara menyeluruh menurut jadual.

覃淼