Sidang Taklimat Iklim Perniagaan dan Undang-undang Pelaburan Asing China di Singapura

2019-04-18 13:44:28  CRI
Share with:

Sidang taklimat mengenai iklim perniagaan dan Undang-undang Pelaburan Asing China diadakan di Singapura semalam.

Pegawai Kedutaan Besar China ke Singapura memberikan tafsiran tentang Undang-undang Pelaburan asing China yang bakal berkuatkuasa pada 1 Januari tahun 2020 dan memperkenalkan iklim perniagaan, dan peluang pelaburan dari segi strategi pembangunan dan lain-lain.

Menteri Penasihat Kedutaan Besar China ke Singapura atas urusan ekonomi dan perdagangan, Zhong Manying menyatakan, Singapura mempertahankan kedudukan sebagai sumber pelaburan asing baru yang terbesar bagi China sejak tahun 2013. Kerjasama kedua-dua negara dalam pelaburan menyumbang besar kepada pembangunan sosioekonomi kedua-dua negara. China mengalu-alukan syarikat Singapura mengambil peluang daripada pelaksanaan undang-undang pelaburan asing ini, terus menambah pelaburan di China.

Sidang tersebut dianjurkan oleh Persekutuan Perdagangan Singapura dengan sokongan Kedutaan Besar China di negara itu.

胡星