Penghargaan terhadap Budaya Tiada Batas Sempadan

2019-04-18 13:45:23  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang ketika memberi komen mengenai kebakaran Katedral Notre Dame berkata, katedral tersebut ialah warisan budaya seluruh umat manusia. Penghargaan terhadap budaya dan khazanah umat manusia tiada batas sempadan. 

Beliau berkata, netizen China menyampaikan rasa dukacita terhadap kebakaran itu melalui pelbagai saluran media sosial. Seperti yang dinyatakan Presiden Xi Jinping, binaan itu nescaya dapat dibina semula atas usaha rakyat Perancis dan sokongan seluruh dunia.

胡星