China Galak Pembangunan Berkualiti BRI

2019-04-19 11:33:29  CRI
Share with:

China telah menggalakkan pelaksanaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencapai kemajuan besar sepanjang enam tahun lalu, dengan berprinsipkan berbincang bersama, membangun bersama dan berkongsi.

Jurucakap Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Yuan Da semalam menyatakan bahawa China akan terus menggalakkan BRI mencapai pembangunan berkualiti tinggi.

Beliau memaklumkan, China telah memeterai 137 dokumen kerjasama dengan 125 negara dan 29 pertubuhan antarabangsa, dengan hasil positif dilihat dalam aspek kesalinghubungan prasarana dan pemudahan perdagangan.

Dengan berpegang pada prinsip pasaran dan kelaziman antarabangsa, China akan melaksanakan hasil daripada Forum Kemuncak Antarabangsa BRI ke-2 yang bakal diadakan, di samping memantapkan konsensus kerjasama, menggalakkan kesalinghubungan, memperkukuh kerjasama kapasiti pengeluaran antarabangsa dan memperluas kerjasama pasaran pihak ketiga.

覃淼