Rusia, AS Bincang Isu Semenanjung Korea

2019-04-19 11:32:56  CRI
Share with:

Timbalan Menteri Luar Rusia, Igor Morgulov semalam bertemu dengan wakil khas Amerika Syarikat (AS) bagi isu Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Stephen Biegun untuk membincangkan isu Semenanjung Korea.

Kementerian Luar Rusia pada hari yang sama memaklumkan, kedua-dua pihak telah mengulangi komitmen untuk terus bekerjasama dengan semua pihak terlibat bagi membolehkan isu semenanjung berkenaan diselesaikan melalui saluran politik dan diplomatik.

Menurut kedutaan AS di Rusia, interaksi dua hala AS dan Rusia dengan DPRK turut dibincangkan.

Istana Kremlin pula mengeluarkan kenyataan melalui laman sesawangnya bahawa Presiden Vladimir Putin akan bertemu dengan pemimpin tertinggi DPRK, Kim Jong-un sebelum hujung bulan ini.

覃淼