AS Diseru Batal Sekatan terhadap Cuba

2019-04-19 14:41:36  CRI
Share with:

China menentang tindakan mengenakan sekatan secara sepihak dan bidang kuasa yang menjangkau ke atas negara lain berdasarkan undang-undang sendiri, dengan mengetepikan rangka kerja Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 

Pendirian ini disuarakan melalui jurucakap Kementerian Luar, Lu Kang dalam satu sidang media semalam. 

Sebelum ini, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo mengumumkan keputusan untuk melaksanakan seluruh Bahagian III Akta Kebebasan dan Perpaduan Demokratik Cuba (Akta Helms-Burton) bermula 2 Mei.

Akta tersebut memberi kuasa kepada warga AS untuk mendakwa syarikat dan individu asing yang menjalankan aktiviti komersial menggunakan aset yang dirampas sesudah revolusi Cuba. 

Lu Kang berkata, sekatan AS terhadap Cuba menjejaskan pembangunan sosioekonomi dan membawa kesengsaraan kepada rakyat negara itu. AS digesa membatalkan sekatan terhadap Cuba dengan secepat mungkin berdasarkan Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.

徐国玮