Rizab Pertukaran Asing China Naik Stabil

2019-04-19 14:40:00  CRI
Share with:

Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing Negara (SAFE) menyatakan bahawa pengaliran modal rentas sempadan China kekal stabil pada suku pertama tahun ini, begitu juga pertumbuhan dalam imbangan rizab pertukaran asing.

Data menunjukkan, sehingga hujung Mac, rizab pertukaran asing China mencatat hampir USD3.1 trilion (RM12.8 trilion), naik USD26 bilion (RM113.8 bilion) berbanding akhir tahun lalu. Iklim dalaman dan luaran kini kondusif kepada keseimbangan penawaran dan permintaan pertukaran asing. 

Ketua SAFE berkata, pihaknya akan terus menggalakkan pemudahan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan, di samping memperkasakan pembinaan pasaran pertukaran asing yang terbuka dan berdaya saing.

徐国玮