Pelaburan Asing Suku Pertama Naik 6.5%

2019-04-19 10:55:42  CRI
Share with:

Jumlah pelaburan asing di China melebihi RMB242.2 bilion (RM150.2 bilion) pada suku pertama tahun ini, meningkat 6.5% berbanding tempoh sama tahun lepas.

Antaranya, penggunaan pelaburan asing di kawasan rintis perdagangan bebas mewakili lebih 10%.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng berkata, pelaburan asing dalam sektor industri pembuatan dan perkhidmatan teknologi tinggi meningkat besar.

Data terkini menunjukkan pelaburan dari Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Belanda meningkat pesat dengan melebihi 70%.

覃淼