Putin akan Temui Kim Jong-un April ini

2019-04-20 15:33:35  CRI
Share with:

Setiausaha Penerangan Presiden Rusia, Dmitri Peskov menyatakan semalam, Presiden Vladimir Putin dan pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong-un akan mengadakan pertemuan pada bulan ini, bagi membincangkan hubungan dua hala dan isu serantau.

Menurut laporan media tempatan, Peskov memberitahu wartawan bahawa pemimpin Rusia dan DPRK akan mengadakan perbincangan tentang perkembangan hubungan dua hala, isu Semenanjung Korea bebas daripada nuklear dan kerjasama serantau. Rusia dan Amerika Syarikat (AS) pernah mengadakan komunikasi mengenai isu Semenanjung Korea, tetapi tiada kerjasama yang berkaitan.

Walau bagaimanapun, tarikh dan tempat pertemuan Putin dengan Kim belum didedahkan kerana unsur keselamatan.

Laman sesawang Istana Kremlin mengumumkan semalam, presiden Vladimir Putin dan Kim Jong-un akan mengadakan pertemuan sebelum penghujung bulan April ini. Pada masa yang sama, Kim akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia atas undangan Putin.

胡星