"Pusat Buku China" Dirasmikan di Kemboja

2019-04-20 15:32:35  CRI
Share with:

Upacara perasmian “Pusat Buku China” dilancarkan di Kawasan Ekonomi Khas Sihanoukville Komboja (SSEZ) semalam. Turut hadir Naib Ketua Kumpulan Penerbitan Antarabangsa China (CIPG), Lu Cairong, Gabenor Provinsi Shihanoukville dan lain-lain.

Lu Cairong dalam ucapannya melahirkan harapan agar pelbagai aktiviti kebudayaan seperti seminar pelancaran buku, pertemuan penulis dengan pembaca, dan forum mengajar bahasa Mandarin dapat diadakan di "Pusat Buku China" agar menggalakkan komunikasi dan persahabatan rakyat kedua-dua negara.

Gabenor provinsi Shihanoukville berpendapat, penubuhan "Pusat Buku China" di SSEZ merupakan kemajuan penting dalam komunikasi kebudayaan kedua-dua negara, juga lambang persahabatan China-Kemboja. Beliau menggalakkan penduduk tempatan lebih banyak membaca buku mengenai China dan berharap pusat tersebut menjadi platform baharu bagi komunikasi kebudayaan kedua-dua negara.

胡星