CIIE Kedua akan Dibuka Kepada Awam

2019-04-20 15:10:46  CRI
Share with:

Sidang taklimat kerja persiapan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-2 sempena kiraan detik 200 hari yang diadakan di Shanghai semalam memaklumkan, tempoh pameran negara akan dipanjangkan dan akan dibuka kepada semua rakyat China. Rancangan berkenaan sedang diteliti pada masa ini. 

Naib Ketua Setiausaha kerajaan Shanghai, Shang Yuying berkata, tempoh pameran negara akan dilanjutkan selama 10 hari. Penduduk seluruh negara boleh mengunjungi pameran ini melalui sistem penempahan. Proses berkenaan sedang dibahaskan oleh jawatankuasa penganjur. 

Pada masa ini, lebih 200 daripada 500 syarikat yang paling hebat di dunia telah berdaftar untuk menyertai ekspo kali ini.

徐国玮