China Ucapkan Tahniah Pilihan Raya Indonesia

2019-04-20 14:41:01  CRI
Share with:

China mengucapkan tahniah kepada Indonesia atas pilihan raya yang berjalan lancar. China menghormati pemilihan rakyat Indonesia dan yakin Indonesia akan memelihara kestabilan dan trend pembangunan yang baik. Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang berkata demikian dalam sidang media semalam.

Pengundian pilihan raya Indonesia diadakan pada 17 April lalu dan keputusannya akan diumumkan pada awal bulan depan.

Lu Kang berkata, Indonesia adalah jiran bersahabat China, China amat mementingkan hubungan dengan negara itu. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, hubungan kedua-dua negara berkembang amat baik khususnya melalui kerjasama Jalur dan Laluan di samping kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang membuahkan hasil cemerlang. China bersedia bersama-sama Indonesia mendorong perkongsian strategik komprehensif mencapai kemajuan yang lebih besar.

曹捷