China Hormati Keputusan WTO

2019-04-21 15:57:10  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) mengemukakan tuduhan tentang langkah kawalan China atas kuota tarif import gandum, beras dan jagung kepada Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) pada Disember tahun 2016. WTO mengumumkan keputusan pada Khamis lalu. Menurut keputusan itu, tindakan China kurang telus dan membelakangi janjinya ketika menganggotai WTO. Di samping itu, WTO menolak permintaan AS yang menuntut China mengumumkan pembahagian yang terperinci tentang kuota tersebut.
China berpendirian untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan dengan negara anggota WTO yang lain  melalui mekanisme WTO serta menghormati keputusan WTO.
Kes kali ini menunjukkan peranan yang penting WTO dalam memelihara perdagangan multilateral tetapi bukan mana-mana pihak yang menang.
Sistem perdagangan multilateral yang berteraskan WTO memainkan peranan yang terpenting bagi pembangunan perdagangan sejagat dan pembinaan ekonomi dunia yang terbuka.

徐国玮