CMG Mahu Perkukuh Kerjasama dengan TRT

2019-04-21 15:14:14  CRI
Share with:

Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong ditemui delegasi Kumpulan Radio dan Televisyen Turki (TRT) yang diketuai oleh Pengerusinya, Ibrahim Eren. Kedua-dua pihak komited untuk memperkukuh kerjasama pragmatik dalam pelbagai sektor demi meningkatkan pemahaman rakyat kedua-dua negara.

Shen berkata, inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran Presiden China, Xi Jinping mendapat sambutan dan pengiktirafan meluas daripada masyarakat antarabangsa. Turki antara nadi penting dalam BRI, dan rakyat China dan Turki mempunyai persahabatan mendalam. CMG bersedia memperkukuh kerjasama pragmatik dengan TRT, mengadakan perbicangan tentang perjanjian kerjasama strategik agar meningkatkan pemahaman rakyat kedua-dua negara.

Ibrahim Eren pula berkata, TRT ialah satu-satunya media awam di Turki. Pihaknya berusaha mempergiat kerjasama dengan media Asia, khususnya media China supaya memperkenalkan China yang sebenar kepada rakyat Turki.

覃淼