Mahathir: Malaysia Ingin Berperanan sebagai Hab Perdagangan dalam BRI

2019-04-21 15:58:19  CRI
Share with:

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan melawat China dan menghadiri forum kemuncak kerjasama antarabangsa Jalur dan Laluan ke-2 di Beijing pada hujung bulan ini. Beliau ketika diwawancara media China baru-baru ini menyatakan bahawa inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) akan meningkatkan perdagangan antara negara-negara Asia Tenggara dengan China. Malaysia ingin berperanan sebagai hab perdagangan dalam BRI.
Ini kali kedua beliau melawat China sejak menyandang jawatan perdana menteri pada Mei tahun lalu. Menurutnya, lawatan kali ini bertujuan untuk mempererat hubungan kedua-dua negara.
Beliau sebelum ini telah banyak kali menyatakan sokongan terhadap BRI. Menurutnya, inisiatif Laluan Sutera Maritim amat penting bagi Malaysia

徐国玮